Pages

Monday 26 November 2012

Wau Bulan

Maaflah gambar tak clear sikit. Persembahan dikir barat ini bertajuk " Wau Bulan " yang dipersembahkan oleh murid-murid prasekolah pada Hari Konvokesyen mereka. Hari Konvokesyen prasekolah kami diadakan serentak dengan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah.

Wednesday 21 November 2012

TUNJANG KETRAMPILAN DIRI

TUNJANG KETRAMPILAN DIRI - Perkembangan Sosioemosi

Perkembangan Sosioemosi, murid akan lebih mengenali emosi sendiri dan emosi orang lain, berkebolehan untuk mengawal emosi sendiri, mempunyai konsep kendiri yang positif. Di samping itu, murid lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.

Berikut antara contoh sosioemosi :


  
 



GERAM



KELIRU



KETAWA




SEDIH



MARAH



SENYUM



TERKEJUT



MURAM



BIASA




 
E


Tuesday 20 November 2012

KAD SUKU KATA


Fokus utama Tunjang Komunikasi adlah kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Bagi kemahiran membaca, dalam Standard Kandungan Prasekolah perkara yang penting pada akhir prasekolah murid dapat :

a) mengenal bentuk huruf A - Z
b) mengenal huruf vokal
c) mengenal huruf konsonan
d) membina dan membaca suku kata
d) membaca perkataan
e) membaca frasa
f) membaca ayat tunggal yang mudah
g) membaca ayat dalam konteks
h) memahami bahan-bahan bacaan yang dibaca
i) membaca buku dengan cara yang betul (prabaca)
j) mengamalkan tabiat membaca


Antara contoh kad suku kata yang saya gunakan di prasekolah




































































PANTUN DUA KERAT




PANTUN DUA KERAT


BUAH DELIMA BUAH DUKU,
KAMI BELAJAR DARI CIKGU.

BUAH PALAS BUAH DUKU,
HENDAK KE TANDAS BERITAHU GURU.

ALMARI, KERUSI DAN MEJA,
MARI KITA BELAJAR MENGEJA.

BUDAK KECIL MAIN BAYANG,
MURID BAIK CIKGU SAYANG.

PERGI PEKAN BELI KAIN,
WAKTU BELAJAR JANGAN MAIN.

TANG TONG TING,
PERGI SEKOLAH JANGAN PONTENG.

PAGI-PAGI MANDI DI PERIGI,
BANGUN PAGI GOSOK GIGI.

MAIN KEJAR-KEJAR,
MARI KITA PERGI BELAJAR.

PING, PONG BUAH KEPOMPONG,
JANGAN DUDUK BERBUAL KOSONG.

MASIN RASANYA GARAM,
JANGAN BAGI CIKGU GERAM.

BERI-BERI BUAH CERI,
WAKTU BELAJAR MUKA BERSERI.

SARAPAN MAKAN KEK,
HIDUP JANGAN LOKEK.

NAIK KAPAL LAYAR PERGI BERKELAH,
KAMI BELAJAR DI PRASEKOLAH.

GENDANG GENDUT TALI KECAPI,
SAKIT PERUT MAKAN NASI BASI.

LARI LAJU-LAJU, LOMPAT TINGGI-TINGGI,
INGAT PESAN IBU, PANDAI JAGA DIRI.

ABANG ADIK MAKAN MANGGIS,
BUDAK BAIK TIDAK MENANGIS.

SAMBIL MANDI CUCI BAJU KOTOR,
BESAR NANTI MAHU JADI DOKTOR.

TEPUK AMAI-AMAI, BELALANG RAMA-RAMA,
MARI RAMAI-RAMAI, BERMAIN SAMA-SAMA.


BUAH EPAL, BUAH LAI,
SIAPA RAJIN DIA PANDAI.

BUAH NAM-NAM, BUAH NONA,
KELAK JADI ORANG BERGUNA.

BUAH SENA TERBANG MELAYANG,
ADIK CANTIK ABANG SAYANG.

IKAN KELI IKAN KELAH,
MARI CEPAT PERGI KE SEKOLAH.

AMIN, LEHA, AHMAD DAN NINA,
DALAM KELAS JANGAN LENA.

ANTARA TANDUK DAN GADING,
CITA-CITAKU KE MENARA GADING.


ANGIN BERTIUP POKOK BERGOYANG,
ADIK RAJIN GURU SAYANG.

BUNGA KERTAS BUNGA TULIP,
NAMPAK SAMPAH KITA KUTIP.

BUAT KETUPAT DAUN PALAS,
BANGUN PAGI JANGAN MALAS.

PAK UDA BAWA PUKAT,
UDARA BERSIH BADAN SIHAT.

BUJUR BULAT TIGA SEGI,
KALAU MANDI GOSOKLAH GIGI.

PINTU PAGAR PINTU BESI,
KAMI BELAJAR SAMBIL MENYANYI.

SAJAK



Sajak Nasihat


Kata-kata ibu hendaklah diikuti
Kata-kata ayah jangan didustai
Mudah-mudahan hidup diberkati

Hidup jangan sesekali menderhakai
Orang tua harus disayangi
Kalau tidak hidup akan disesali

Berkawan biarlah menjadi sahabat sejati
Janji jangan sesekali dimungkiri
Insya-Allah hidup akan dihormati

Perintah Tuhan haruslah ditaati
Kerana ia kewajipan sendiri
Jika dipatuhi hidup akan diredhai




IBU DAN AYAH



Ibu
Engkaulah ratu hatiku
Setiap kali engkau menangis
Timbul rasa bersalah di hatiku
Walau setitik air mata
Tidak akan dapat dibasuh dengan tujuh lautan

Selepas ibu
Tetap ibu
Selepas ibu
Tetap ibu
Dan barulah ayah

Ayah
Tanpa ayah hidup kami
Ibarat kais pagi makan pagi
Kais petang makan petang
Engkaulah harapan kami
Terima kasih ayah
Jasamu tetap ku kenang
Ibu dan ayah tersayang
Kau begitu sempurna




Sajak Ilmu


Di kala gelita malam
Kaulah bintang
Di kala ku mencari cahaya
Kaulah penyuluhnya

Tidak dapat kubayangkan
Tanpamu dalam hidupku
Tidak dapat ku hidup
Tanpa cahaya penyuluhmu

Pasti ku mati
Mati dalam sedar
Pasti ku mati
Mati dalam kehilangan







Jasamu  Dikenang



Jasamu
Bak lautan terbentang
Baktimu
Saujana mata memandang
Namamu
Tersemat di dalam kalbu
Pilu perasaanku
Melihat pusaramu

Kaulah
Bapa kemerdekaan
Kaulah
Insan terbilang
Kau pasti dikenang
Selagi hayat dikandung badan
Negaraku Malaysia








Bangsa Merdeka



Bangsaku
Kemerdekaan ini
Milik kita
Perjuangkanlah
Pertahankanlah

Kemerdekaan ini
Sudah 52 tahun ia berlaku
Kini lihatlah
Negara kita ini
Yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Bangunlah bangsaku
Bangunlah bangsaku

Semarakkan kemerdekaan kita ini
Dengan satu semangat
Satu matlamat
Negaraku Malaysia