Pages

Tuesday, 20 November 2012

SAJAK



Sajak Nasihat


Kata-kata ibu hendaklah diikuti
Kata-kata ayah jangan didustai
Mudah-mudahan hidup diberkati

Hidup jangan sesekali menderhakai
Orang tua harus disayangi
Kalau tidak hidup akan disesali

Berkawan biarlah menjadi sahabat sejati
Janji jangan sesekali dimungkiri
Insya-Allah hidup akan dihormati

Perintah Tuhan haruslah ditaati
Kerana ia kewajipan sendiri
Jika dipatuhi hidup akan diredhai




IBU DAN AYAH



Ibu
Engkaulah ratu hatiku
Setiap kali engkau menangis
Timbul rasa bersalah di hatiku
Walau setitik air mata
Tidak akan dapat dibasuh dengan tujuh lautan

Selepas ibu
Tetap ibu
Selepas ibu
Tetap ibu
Dan barulah ayah

Ayah
Tanpa ayah hidup kami
Ibarat kais pagi makan pagi
Kais petang makan petang
Engkaulah harapan kami
Terima kasih ayah
Jasamu tetap ku kenang
Ibu dan ayah tersayang
Kau begitu sempurna




Sajak Ilmu


Di kala gelita malam
Kaulah bintang
Di kala ku mencari cahaya
Kaulah penyuluhnya

Tidak dapat kubayangkan
Tanpamu dalam hidupku
Tidak dapat ku hidup
Tanpa cahaya penyuluhmu

Pasti ku mati
Mati dalam sedar
Pasti ku mati
Mati dalam kehilangan







Jasamu  Dikenang



Jasamu
Bak lautan terbentang
Baktimu
Saujana mata memandang
Namamu
Tersemat di dalam kalbu
Pilu perasaanku
Melihat pusaramu

Kaulah
Bapa kemerdekaan
Kaulah
Insan terbilang
Kau pasti dikenang
Selagi hayat dikandung badan
Negaraku Malaysia








Bangsa Merdeka



Bangsaku
Kemerdekaan ini
Milik kita
Perjuangkanlah
Pertahankanlah

Kemerdekaan ini
Sudah 52 tahun ia berlaku
Kini lihatlah
Negara kita ini
Yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Bangunlah bangsaku
Bangunlah bangsaku

Semarakkan kemerdekaan kita ini
Dengan satu semangat
Satu matlamat
Negaraku Malaysia


5 comments:

  1. sajak ringan bagus untuk kanak2 sekolah rendah.

    ReplyDelete
  2. ya, betul. murid prasekolah saya juga boleh menyampaikan salah satu sajak di atas pada sambutan hari kemerdekaan.

    ReplyDelete
  3. Assalaamualaikum..

    minta izin untuk gunakan sajak IBU DAN AYAH untuk dideklamasikan di sekolah saya.

    ReplyDelete
  4. mohon share

    ReplyDelete
  5. mohon share juga... jazakillah

    ReplyDelete